Friday, August 19, 2011

Spain Juara – Keputusan Penuh Piala Dunia 2010

Berakhir sudah FIFA World Cup South Africa 2010, sepanjang perlawanan berlangsung semua pasukan beraksi dengan baik untuk melangkah ke peringkat seterusnya, terkini hanya pasukan terbaik akan layak meneruskan perjuangan untuk bergelar Juara Piala Dunia 2010. Agak mengejutkan apabila Juara World Cup 2006 iaitu Italy kecundang di peringkat kumpulan. Malah, France yang merupakan salah satu pasukan terkuat juga turut mengalami nasib yang sama.

Spain juara world cup 2010 south africa

Spain meraikan kejayaan pasukannya apabila menjadi Juara World Cup 2010. Tahniah!!


Akhirnya Spain telah mencipta sejarahnya tersendiri apabila menjadi Juara World Cup 2010 setelah berjaya menewaskan Netherlands dengan keputusan 1-0 di perlawanan akhir world cup 2010 semalam. Andres INIESTA menjadi Hero pasukan Spain apabila beliau menjaringkan Gol pada minit ke 116 di separuh masa tambahan kedua sekaligus memusnahkan harapan Netherlands untuk mencipta sejarah bergelar Juara Piala Dunia buat kali pertama.

Perlawanan akhir menyaksikan kedua-dua pasukan bermain agak kasar sehingga terlalu banyak kad kuning dilayangkan oleh pengadil. Setiap pasukan juga saling berbalas serangan, jika diikutkan peluang untuk menjaringkan Gol memang banyak untuk kedua-dua pasukan, tetapi nasib tidak menyebelahi untuk setiap pasukan, ataupun disia-siakan oleh pemain? atau penjaga gol pasukan Spain dan Netherlands yang cekap? atau bola Adidas JABULANI yang sukar dikawal? Apa pandangan korang?

0 ulasan:

utama

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Introduction

Recent Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Ads 468x60px