Friday, August 19, 2011

Kepincangan Arsenal beri kelebihan buat Liverpool



KUALA LUMPUR, (D5) - Arsenal dan Liverpool akan bertembung dalam perlawanan tumpuan minggu ini dengan kedua-dua pasukan mengharapkan kemenangan selepas bermula kempen dengan keputusan seri, minggu lalu.

Bagi Arsenal ketiadaan Cesc Fabregas menyaksikan mereka agak pincang dan perlu memantapkan skuad secepat mungkin dan ditambah dengan perkhabaran Samir Nasri akan berhijrah ke Manchester City.

Apatah lagi, kecederaan Abou Diaby serta Jack Wilshire mencacatkan lagi jentera tengah The Gunners.


Ia tampak memberi kelebihan kepada liverpool dalam kunjungan ke emirates dan pengurus the reds, kenny dalgish bakal menurunkan pemain baru seperti Jordan Henderson, Charlie Adam dan Stewart Downing.

Liverpool masih lagi tanpa kelibat kaptennya, Steven Gerrard serta dua pertahanan Glen Johnson dan Martin Skrtel akibat kecederaan.

Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertembung berakhir dengan seri 1-1 dan pergeseran Kenny Dalglish dan Arsene Wenger selepas sepakan penalit Dirk Kuyt di minit-minit akhir perlawanan.

Jangan lupa untuk saksikan aksi perlawanan Arsenal menentang Liverpool pada Sabtu, jam 7.40 malam hanya di saluran ESPN dan ESPN HD.


0 ulasan:

utama

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Introduction

Recent Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Ads 468x60px