Friday, August 19, 2011

DAVID VILLA HINA ISLAM ''mesut ozil''

0 ulasan

Insiden panas itu bermula apabila Marcelo melakukan terjahan keras terhadap pemain gantian Barcelona, Cesc Fabregas pada penghujung perlawanan, sekali gus menyebabkan para pemain kedua-dua pasukan termasuk di bangku simpanan bergaduh. Tidakan tersebut membuatkan kesemua pemain campur tangan sehingga Villa dikatakan mengeluarkan kata-kata yang menghina agama Islam. Ozil yang berang tindakan Villa itu terus bertengkar dengan Villa.

Ozil dikatakan mempertahankan tindakannya dan telah mengeluarkan kenyataan:

"I was defending my religion, because David Villa insulting Islam!

sumber: allvoices.com

UPDATE :

Link - KONTROVERSI DI ANTARA DAVID VILLA DAN MESUT OZIL

Berikut merupakan video pergaduhan perlawanan tersebut:



Sejauh mana kebenaran isu ini, sama-sama kita nantikan berita selanjutnya.

Kepincangan Arsenal beri kelebihan buat Liverpool

0 ulasan


KUALA LUMPUR, (D5) - Arsenal dan Liverpool akan bertembung dalam perlawanan tumpuan minggu ini dengan kedua-dua pasukan mengharapkan kemenangan selepas bermula kempen dengan keputusan seri, minggu lalu.

Bagi Arsenal ketiadaan Cesc Fabregas menyaksikan mereka agak pincang dan perlu memantapkan skuad secepat mungkin dan ditambah dengan perkhabaran Samir Nasri akan berhijrah ke Manchester City.

Apatah lagi, kecederaan Abou Diaby serta Jack Wilshire mencacatkan lagi jentera tengah The Gunners.


Ia tampak memberi kelebihan kepada liverpool dalam kunjungan ke emirates dan pengurus the reds, kenny dalgish bakal menurunkan pemain baru seperti Jordan Henderson, Charlie Adam dan Stewart Downing.

Liverpool masih lagi tanpa kelibat kaptennya, Steven Gerrard serta dua pertahanan Glen Johnson dan Martin Skrtel akibat kecederaan.

Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertembung berakhir dengan seri 1-1 dan pergeseran Kenny Dalglish dan Arsene Wenger selepas sepakan penalit Dirk Kuyt di minit-minit akhir perlawanan.

Jangan lupa untuk saksikan aksi perlawanan Arsenal menentang Liverpool pada Sabtu, jam 7.40 malam hanya di saluran ESPN dan ESPN HD.


Spain Juara – Keputusan Penuh Piala Dunia 2010

0 ulasan

Berakhir sudah FIFA World Cup South Africa 2010, sepanjang perlawanan berlangsung semua pasukan beraksi dengan baik untuk melangkah ke peringkat seterusnya, terkini hanya pasukan terbaik akan layak meneruskan perjuangan untuk bergelar Juara Piala Dunia 2010. Agak mengejutkan apabila Juara World Cup 2006 iaitu Italy kecundang di peringkat kumpulan. Malah, France yang merupakan salah satu pasukan terkuat juga turut mengalami nasib yang sama.

Spain juara world cup 2010 south africa

Spain meraikan kejayaan pasukannya apabila menjadi Juara World Cup 2010. Tahniah!!


Akhirnya Spain telah mencipta sejarahnya tersendiri apabila menjadi Juara World Cup 2010 setelah berjaya menewaskan Netherlands dengan keputusan 1-0 di perlawanan akhir world cup 2010 semalam. Andres INIESTA menjadi Hero pasukan Spain apabila beliau menjaringkan Gol pada minit ke 116 di separuh masa tambahan kedua sekaligus memusnahkan harapan Netherlands untuk mencipta sejarah bergelar Juara Piala Dunia buat kali pertama.

Perlawanan akhir menyaksikan kedua-dua pasukan bermain agak kasar sehingga terlalu banyak kad kuning dilayangkan oleh pengadil. Setiap pasukan juga saling berbalas serangan, jika diikutkan peluang untuk menjaringkan Gol memang banyak untuk kedua-dua pasukan, tetapi nasib tidak menyebelahi untuk setiap pasukan, ataupun disia-siakan oleh pemain? atau penjaga gol pasukan Spain dan Netherlands yang cekap? atau bola Adidas JABULANI yang sukar dikawal? Apa pandangan korang?

Koo Kien Keat-Tan Boon Heong muncul juara Terbuka Malaysia 2010

0 ulasan


BEREGU nombor satu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, menjuarai Siri Super Terbuka Malaysia 2010 selepas menewaskan gandingan China, Guo Zhendong-Xu Chen 21-15, 17-21, 21-16 di Stadium Putra, Bukit Jalil petang tadi.

Pasangan negara mengambil masa 55 minit untuk menewaskan beregu China dalam pertarungan tiga set itu.

Kejayaan menjuarai Terbuka Malaysia kali ini lebih manis apabila Malaysia turut merangkul gelaran dalam bahagian perseorangan lelaki apabila Lee Chong Wei menumbangkan jaguh Thailand, Boonsak Ponsana.

Ia adalah gelaran kedua buat Kali pasangan Kien Keat-Boon Heong di Terbuka Malaysia selepas kali pertama muncul juara ialah pada 2007.

utama

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Introduction

Recent Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Ads 468x60px